4.12.2010
Monday, November 29, 2010
Thursday, November 25, 2010
Dah seminggu tak meluahkan perasaan, baru hari ini terasa ada sedikit mood nak menulis. Sepanjang Minggu lepas terlalu banyak peristiwa yang semuanya touching.
Bermula dengan majlis perpisahan..
Kalau boleh mmg tak nak hadir kat majlis ni, buat2 lambat nak pegi, sebokkan diri kat bilik guru, arghh, sampailah panggilan telefon dan juga pesanan agar segera ke pejabat. Rupa-rupanya aku tak dpt lari dari sesi yang bakal meruntuhkan ego aku ni. Aku kuatkan hati, semangat, berkata kepada diri sendiri.. WEN ko mesti kuat !!! mmg hebat rupanya, berjaya menahan hati dan perasaan!! Hinggalah berkumandang lagu sekolah, terdetik dalam hati inilah kali terakhir aku nyanyi lagu ni. So, menyanyi dengan sepenuh hati dan perasaan.. Senyum jer. Tapi dalam hati hanya Tuhan yang tau.
Sungguh sadis rupanya majlis ni. Jatuhnya mutiara berharga dan juga ego yang kebal dalam diri. Melihat insan2 yang akan ditinggalkan meruntun hati dan jiwa. Tapi dalam hati sudah tersemat, ini bukannya satu pengakhiran tetapi bermulanya episod baru dalam satu perhubungan. Episod yang akan menguji sejauh mana kita setia dalam persahabatan dan juga perhubungan yang telah terbina. Sememenangnya kita hanya akan menghargai sesuatu apabila kita sudah kehilangan. Tiada apa yang boleh mengekalkan suatu perhubungan selain daripada kesetiaan dan juga kepercayaan.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, semoga perpisahan ini merupakan satu permulaan yang abadi.

Thursday, November 18, 2010
MISI KEMANUSIAN
Misi hari ini pergi bertiga jer. Yang lain Semuanya ada hal. Rindunya kat ikan2 tu tadi. Sampai jer kat Hutan Bandar, ternampak sorang budak ni, eh mcm kenallah, rupa2nya penjual air cool blog di IOI mall. Hehehe, kecik nye dunia nie ye...
Tanpa berlengah lagi, beli makanan ikan, ta agak2 beli yg besar terus, sian dorang lama dah ta makan sedap kan.. Beli gak cucur pisang ngan air tadi. Nyam-nyam..
Then tanpa berlengah lagi lari2 itik pegi ke destinasi impian, sempat pesan kat sorang budak nie kan, jimat2 bagi makanan nanti tau. :) Budak tu sengeh jer.. cehh, ta janji lah tu..
Sampai jer kat atas jambatan kan.. pehh, aku pulak yang tak sabar, tuang separuh makanan ikan tu. wakakakakaka.
Minta maaf budak nakal!!!!
Then merenung sayu ikan2 tu. Sayu semenarnya. Dalam merenung ikan2 yang tengah makan tu terdengar dialog nie :
Selepas ni dah takde org nak bagi korang makan lagi.
Peh sayunye...
arghh, mmg betul lah tu, entah bila lagi dpt menjejakkan kaki ke hutan bandar putra??
Tinggalah sayang2 Ikan di Hutan Bandar Putra. Andainya ada masa pergilah bagi dorang makan ye. :)
Memori
Esok merupakan hari terakhir aku berkhidmat sebagai guru di SK Senai Utama. Sekolah pertama posting dan yang telah meninggalkan seribu macam pengalaman dan juga kenangan. Merangkak dalam mencari sedikit pengalaman untuk mencurahkan bakti kepada nusa dan bangsa. Begitu cepat masa berlalu, rupa-rupanya dah lima tahun berada di Bumi Johor. Terlalu berat rasa hati untuk melangkah pergi, tetapi langkah akan kuteruskan tanpa menoleh ke belakang lagi. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku mencuba sesuatu yang baru dalam profession perguruan ini..
Tuesday, November 16, 2010
SEKOTAK AIR MANGGA
Sekotak air mangga ni dibelanja oleh seorang murid yang tersayang. Dalam kesibukan menguruskan majlis anugerah tu tiba-tiba jer die tanya, cikgu dah makan belum?
Die tanye dgn sungguh2 tu. Alamak kantoi ni, nak cakap apa?
Mmg dari pagi ta menjamah apa2 lagi. Pastu die tarik tangan, peh kuat jugaklah kan tangan die nie dalam hati.
Die cakap kat budak jual air tu, bagi aku air kotak tu ..Nah cikgu.. die hulurkan sekotak air soya, pehh air soya?
Mmg ta minum air yang ada rupa susu nie, hmmm, pastu ckp kat die, air lain ada tak?Ada air mangga, suke gak minum air buah2 ni.
TAk tunggu lagi terus minum. Srop srop, habis terus. Pelahap jer ea..
TQ DARLING..
NURUL AMALIA RAHAMI.
Monday, November 15, 2010
Sunday, November 14, 2010
Misi Kesewelan
Post kali ini mungkin
agak jiwang. Terdetik di hati untuk meluahkan
perasaan pada blog ini.
Sebenarnya terlalu banyak
kenangan indah sewaktu berada di SKSU
sepanjang lima tahun berkhidmat.
Ramai murid yang datang dan pergi, tapi semuanya telah memberikan satu kenangan yang tidak ternilai.
Ok, kali ni nak cita pasal Batch 2010.
Banyak jugak kenangan gila-gila
bersama mereka ini. Mula-mula masuk kelas awal-awal tahun memang agak stress.
Kenapa? Sebab tak kenal sangat
pon ngan dorang ni.
Tapi akhirnya hingga ke akhir tahun rupanya otak pun boleh kira sewel jugaklah.
Banyak jugaklah misi sewel dan sawan yang telah kitorang buat bersama, antaranya ialah,
1. Hutan Bandar Putra
2. JJ Tebrau City
3. IOI mall
4. DIVA
Berikut merupakan geng2 sewel dan juga sawan yang selalu melengkapkan misi tersebut.
Nur Ain Abu Bakar
Nurul Amalia Rahami
Nurul Husna Ayob
Amirul Hanif MDJaid
Ezzyan
Otak dorang nie memang boleh dikatakan sewel sangat2.. Wakakaka, buat pecah perut sampai nak pecah anak tekak. Org yang paling kuat ketawa nie si Mea.
Sampaikan Husna cakap dia ketawa macam pontianak.
Ape? pontianak ker? Macam tak percaya !!
Tak tau ker die ni paling penakut????
Bila bersama jer mesti ketawa macam nak pecah kereta. Ain ngan cikgu lak mmg asyek jadi tukang menakutkan orglah dan gamatkan proses jadi pontianak itu supaya menjadi lebih thrill.
Akan bersambung...
Saturday, November 13, 2010
Sirih Pulang Ke gagang
Hari ini dah dapat result akan kembali
berkhidmat di Bumi Kenyalang.
Tempat kelahiran sendiri.
Pelbagai persoalan muncul di kepala.
Pertama :
Mengapa jalan ini yang kupilih?
Kedua :
Apakah perasaan mereka yang akan aku tinggalkan?
Ketiga :
Dapatkah aku beradaptasi dengan keadaan yang serba baru itu nanti?
Keempat :
Gembirakah aku meninggalkan mereka yang aku sayangi?
Kelima :
Betulkah sebenarnya ini adalah kemahuan ku sendiri?
Subscribe to:
Posts (Atom)