Thursday, November 29, 2012

Saturday, December 4, 2010

Relakan ku pergi.

selamat tinggal sayang, selamat tinggal pujaan, relakan kepergiaanku.

Monday, November 29, 2010

Thursday, November 25, 2010

Dah seminggu tak meluahkan perasaan, baru hari ini terasa ada sedikit mood nak menulis. Sepanjang Minggu lepas terlalu banyak peristiwa yang semuanya touching.

Bermula dengan majlis perpisahan..
Kalau boleh mmg tak nak hadir kat majlis ni, buat2 lambat nak pegi, sebokkan diri kat bilik guru, arghh, sampailah panggilan telefon dan juga pesanan agar segera ke pejabat. Rupa-rupanya aku tak dpt lari dari sesi yang bakal meruntuhkan ego aku ni. Aku kuatkan hati, semangat, berkata kepada diri sendiri.. WEN ko mesti kuat !!! mmg hebat rupanya, berjaya menahan hati dan perasaan!! Hinggalah berkumandang lagu sekolah, terdetik dalam hati inilah kali terakhir aku nyanyi lagu ni. So, menyanyi dengan sepenuh hati dan perasaan.. Senyum jer. Tapi dalam hati hanya Tuhan yang tau.

Sungguh sadis rupanya majlis ni. Jatuhnya mutiara berharga dan juga ego yang kebal dalam diri. Melihat insan2 yang akan ditinggalkan meruntun hati dan jiwa. Tapi dalam hati sudah tersemat, ini bukannya satu pengakhiran tetapi bermulanya episod baru dalam satu perhubungan. Episod yang akan menguji sejauh mana kita setia dalam persahabatan dan juga perhubungan yang telah terbina. Sememenangnya kita hanya akan menghargai sesuatu apabila kita sudah kehilangan. Tiada apa yang boleh mengekalkan suatu perhubungan selain daripada kesetiaan dan juga kepercayaan.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, semoga perpisahan ini merupakan satu permulaan yang abadi.

Thursday, November 18, 2010

MISI KEMANUSIAN
Misi hari ini pergi bertiga jer. Yang lain Semuanya ada hal. Rindunya kat ikan2 tu tadi. Sampai jer kat Hutan Bandar, ternampak sorang budak ni, eh mcm kenallah, rupa2nya penjual air cool blog di IOI mall. Hehehe, kecik nye dunia nie ye...
Tanpa berlengah lagi, beli makanan ikan, ta agak2 beli yg besar terus, sian dorang lama dah ta makan sedap kan.. Beli gak cucur pisang ngan air tadi. Nyam-nyam..
Then tanpa berlengah lagi lari2 itik pegi ke destinasi impian, sempat pesan kat sorang budak nie kan, jimat2 bagi makanan nanti tau. :) Budak tu sengeh jer.. cehh, ta janji lah tu..
Sampai jer kat atas jambatan kan.. pehh, aku pulak yang tak sabar, tuang separuh makanan ikan tu. wakakakakaka.
Minta maaf budak nakal!!!!
Then merenung sayu ikan2 tu. Sayu semenarnya. Dalam merenung ikan2 yang tengah makan tu terdengar dialog nie :
Selepas ni dah takde org nak bagi korang makan lagi.
Peh sayunye...
arghh, mmg betul lah tu, entah bila lagi dpt menjejakkan kaki ke hutan bandar putra??
Tinggalah sayang2 Ikan di Hutan Bandar Putra. Andainya ada masa pergilah bagi dorang makan ye. :)
Memori
Esok merupakan hari terakhir aku berkhidmat sebagai guru di SK Senai Utama. Sekolah pertama posting dan yang telah meninggalkan seribu macam pengalaman dan juga kenangan. Merangkak dalam mencari sedikit pengalaman untuk mencurahkan bakti kepada nusa dan bangsa. Begitu cepat masa berlalu, rupa-rupanya dah lima tahun berada di Bumi Johor. Terlalu berat rasa hati untuk melangkah pergi, tetapi langkah akan kuteruskan tanpa menoleh ke belakang lagi. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku mencuba sesuatu yang baru dalam profession perguruan ini..

Wednesday, November 17, 2010

RESAH
Hati resah, jiwa gundah.
Lara pergilah dari hatiku....
:'(